Tuesday, September 7, 2010

Orang kata aku lahir dari perut mama…. (bukan orang kata…dah memang betul)

Orang kata aku lahir dari perut mama….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…mama
Bila lapar, yang suapkan aku….mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mama

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mama

Bila bangun tidur, aku cari….mama
Bila nangis, orang pertama yang datang….mama
Bila nak bermanja, aku dekati….mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mama

Bila nakal, yang memarahi aku….mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mama

Bila takut, yang tenangkan aku….mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mama
Aku selalu teringatkan….mama

Bila sedih, aku mesti telefon….mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mama


Bila bengang, aku suka luah pada….mama
Bila takut, aku selalu panggil….”mmamamama"
Bila sakit, orang paling risau adalah….mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mama
Bila ada masalah, yang paling risau….mama

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mama

Kalau balik ke kampung..
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mama
Yang selalu berleter kat aku….mama
Yang selalu puji aku….mama
Yang selalu nasihat aku….mama
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mama

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mama
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…mama

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mama
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mama

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu…. mama ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mama
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mama

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mama?Mama bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau  mama sudah tiada…..
MAMA…RINDU MAMA…. RINDU SANGAT2….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Mama this is for you..
Puan Zaidah Kamarulzaman..


Kami izzati anak mama sayang sngt2 kat MAMA..







No comments:

Post a Comment